Monday, February 23, 2009

AMK NS BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DATO' SRI AHMAD SAID

Satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Sri Ahmad Said bin Hamdan telah dibuat serentak seluruh negara hari ini oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK). AMK Negeri Sembilan telah membuat laporan polis itu di Kuala Pilah pada jam 12.00 tengahari tadi diketuai oleh Ketua AMK Negeri Sembilan Sdr. Halim A. Aziz, Sdr. Murali A/L Thangaiuh (Naib Ketua AMK NS), Hj. Ramlan Hj. Roes (Ketua Penerangan AMK NS) Ruzaili Abdul Karim (Setiausaha AMK NS) dengan diiringi oleh Jawatankuasa AMK Negeri dan Bahagian. Dalam laporan polis itu AMK N. Sembilan mendesak pihak Polis menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah membuat suatu kenyataan pada 20 Februari 2009 berhubung dengan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh YAB Menteri Besar Selangor mengenai sumbangan sebanyak 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi YAB Menteri Besar Selangor kepada umum. Pendedahan laporan siasatan SPRM oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu merupakan suatu kesalahan kerana ia mendedahkan suatu laporan Kertas Siasatan yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum sehinggalah YAB MB Selangor dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap YAB MB Selangor.
Dalam sidang akhbar Sdr. Halim Aziz menyatakan bahawa tindaktanduk Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam kes ini memperlihatkan niat jahat beliau untuk merendahkan reputasi Menteri Besar Selangor dan juga dilihat sebagai penyambung kuasa bagi UMNO dan Barisan Nasional. Beliau turut mempersoalkan kecekapan Ketua SPRM itu dalam mengendalikan aduan-aduan yang dibuat oleh AMK namun semuanya dilenyapkan.


Ketua AMK Negeri Sembilan, Halim A. Aziz (tengah) & Ketua Penerangan AMK NS, Haji Ramlan Roes (kanan)

No comments:

Post a Comment